Just Answer, And You will get paid !!

Wednesday, June 24, 2009

Kisah Man Tapah

PART I

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid²
baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah"

"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.


PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun berkata,

Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


PART III

Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.

Che'gu : Mana tepungnya??

Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??




PART IV

Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu Nasyor mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk"

Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah

Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?

Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!

Che'gu : Allahhuakbarr!!!



PART V

Che'gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, che'gu

Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu

Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Man Tapah pula. Apakah tugas daun pisang?

Man Tapah :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...

Che'gu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...

Friday, June 19, 2009

Kita Relek Dulu Di Spa...

Sakai Kuala Lumpur

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia….

" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh…."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE…
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT

Bersih

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Minyak Wangi Tumpah

Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.

Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu .

Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.

Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia
dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.

"Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya"…

Jawab gadis tersebut "Ohh… tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".

Jadi Jawa tu pun keluarkan le saputangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Bau-bau punya baru le jawatu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab.."Lo…Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada

Kenapa Kerbau Hitam

Pada zaman dahulu kala lembu dan kerbau berkawan baik.
kemana sahaja mereka akan bersama-sama.
Susah senang mereka bersama.

Pada suatu hari, hari agak panas dari biasa
Mereka berdua seperti biasa berjalan-jalan cari makan.
Sampai di satu padang rumput mereka pun makan bersama-sama.
Lepas tu mereka pun merayau-rayau di tepi hutan.

Maka bertemulah sebuah kolam.

"Jom kita mandi" si lembu mengajak si kerbau.
" Boleh juga, aku panas ni, bolehlah kita menyejukkan badan"

Merekapun menanggalkan baju mereka dan meyidai baju merka di atas satu tunggul mati.

Mereka pun mandi dengan gembira sambil menyanyi-nyanyi.

Wah bukan main seronoknya mereka.

Tiba-tiba si lembu terasa seluruh badannya amat gatal.

" eeeee…..gatalnya…badan aku" sambil tergaru-garu.

" Ye la…aku pun gatal amat ni" Kata kerbau.

Rupa-rupanya ada pokok tukas di tepi kolam. Buahnya masak ranum dan banyak yang gugur kedalam kolam.
Buah tukas memanglah gatal.

Apa lagi mereka pun bergegas naik ke atas. Terus di sambarnya baju mereka. Terus mereka bergegas balik ke rumah masing-masing.

Tiba di rumah masing-masing barulah mereka perasan mereka tertukar baju.

Si kerbau pakai baju hitam lembu, kecik dan sendat. Kolar bajunya sendat hingga mejerut leher.

Si Lembu pula pakai baju kerbau putih bercorak tompok-tompok hitam-cantik! longgar dan selesa.

Se kerbau pergi kerumah si lembu untuk dapatkan bajunya kembali. Namun si lembu tidak mahu memulangkan baju kerbau. Sebab dia rasa selesa dan cantik.
Berkali-kali si kerbau cuba meminta dikembalikan, namun si lembu menjaukan diri.

Akhirnya mereka berkelahi dan membawa haluan masing-masing.

Sebab itu lah sekarang suara lembu jadi kasar, dan suara kerbau jadi nyaring sebab tekak dia sendat.

Oleh kerana malu, pada zaman sekarang kerbau hanya berkeliaran di pinggir-pinggir hutan malu dengan keadaannya.
Yang lembu pula bangga dengan baju dia dok berkeliaran di jalan-jaln raya, makan tanaman orang. Menyusahkan orang.

Namun keturunan kerbau masih menuntut hak mereka.

Begitulah ceritanya.

Thursday, June 18, 2009

Koleksi Foto Haiwan Lucu











Hantu Kentut

Daku nak cerita satu cerita hantu nih..baca ye...cerita dia macam nih... cerita ni berlaku kat gua musang kelantan..ada sorang taxi driver ni suka sangat cari duit lebih..dia selalu bawak teksi malam , lepas tu kalau orang naik, dia kenakan mahal2..orang terpaksalah sebab takut nak tinggal sorang2...
satu malam tu, dia tengah tunggu mangsa kat stesyen bas kat bandar tu..dia tu tunggu bas express dari mana2 yang sampai tengah malam buta..sebab lama tunggu tapi takde pun bas sampai, dia pun nak chow la....tengah dia start engine teksi tu, ada satu bas dari kl menuju ke kota bharu singgah kat situ. tapi ada sorang aje penumpang yang turun. pompuan seksi pulak tu...dia pun tersengih la....nampak mangsa la tu....dia pun cepat2 keluar dari teksi dan pegi kat pompuan tu..cantik jugak pompuan tu..rupa dia, sikit2 macam you la.... ( just kidding..)

tapi pompuan tu bawak beg tangan aje..dia pun offer la nak hantar pompuan tu..sebab malam dah larut, embun pun dah turun dan lagi pulak senyap sunyi kat bus station tu, pompuan tu pun setuju ajelah....(baik2 sikit..dah nak suspen ni...) lepas tu, pompuan tu pun duduk la kat seat belakang..kampung dia lebih kurang 15 minit dari bandar tu...tapi memang ceruk gila la..

teksi driver ni ingat nak berbual2 ngan pompuan tu sepanjang perjalanan, tapi pompuan tu senyap aje..pemalu agaknya..masa dalam teksi tu, harum dengan bau minyak wangi pompuan tu aje..sepanjang-panjang perjalanan tu diorang tak cakap apa..

bila dah keluar sikit dari bandar tu, kiri kanan tinggal hutan aje..malam pulak tu gelap gila...mamat tu drive slow aje...

TIBA-TIBA...(jeng..jeng..jeng....), pemandu teksi tu tercium bau busuk sangat....dia cool aje mula-mulanya, tapi makin lama makin busuk pulak..dia dah mula gelabah! dia cuba tengok kat cermin kereta, tapi pompuan tu tunduk aje..makin lama makin busuk! dia pun drive laju sikit sebab dia dah tak sedap hati dah le sepanjang jalan tu gelap gelita....

tak lama lepas tu..diorang lalu kubur orang Islam...lepas aje kubur tu, pompuan tu suruh lelaki tu berenti..dari jauh, pemandu teksi tu nampak le ada cahaya lampu kejauhan macam dari sebuah rumah..lelaki tu dah berpeluh habis! pompuan tu pun tanya berapa bayaran, pemandu teksi tu jawab le, 3 ringgit aje..biasanya, kalau jauh macam tu dia charge sampai 20 ringgit..tapi standaard lah kan..dah takut tu....

lepas bayar, pompuan tu cepat- cepat keluar..lelaki pun lega la..bau busuk pun dah hilang..tengah dia nak start engine balik tu..tiba- tiba ada orang ketuk tingkap kereta dia! dia terus berdebar2 gila...dia taknak pandang sapa yang ketuk, tapi secara automatik aje tangan dia lowerkan tingkap tu..dia jelinglah, lalu ternampaklah dengan ekor mata dia,pompuan tadi kat ingkap tu..pompuan tu masih tunduk..tetiba aje pompuan tu pun cakap:

"Encik, maaflah pasal bau busuk dalam teksi tadi..saya terkentut sebab sakit perut sangat. siang tadi baru makan telur pulak tu..." lepas aje dia cakap tu, dia pun berlari ke arah rumahnya dan kedengaran lah oleh pemandu teksi tu sayup2 bunyi kentut pompuan tu yang tengah sakit perut gila..yang dia asyik tunduk dalam teksi tu sebab dia malu dia terkentut. sekian, terima kasih..

Peribahasa Melayu Moden

1. kecil tapak tangan, tapak sleman saya tadahkan.
2. ke mana tumpah nye kuah kalau tidak ke bawah.
3. siapa yang makan nangka dia yg dpt biji nangka.
4. pucuk di cite ismet ulam raja.
5. sepandai2 tupai melompat, akhirnya tak dpt masuk olimpik juga.
6. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai pendapatan.
7. tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
8. tiada rotan pelempang berguna juga.
9. biar lambat asalkan tak cepat .
10. biar putih tulang jangan kuning gigi.
11. DI mana ada gula di situ adalah gula-gula.
12. jauh dimata dekat di mata-mata.
13. kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
14. carik2 bulu ayam lama2 jadi shuttlecock.
15. secupak takkan jadi 18 cupak
16. gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.
17. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.
18. harapkan pagar pagar tak boleh diharap
19. habis madu sepah jgn di buang merata2
20. alang2 mandi biar guna sabun .
21. ayam terlepas tangan berbau ayam.
22. berani kerana benar takut kerana penakut.
23. berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras.
24. cubit paha kanan peha kiri tak rasa apa-apa pun.
25. diam2 ubi berisi diam2 orang bisu .
26. hendak seribu daya tak hendak tak apa .
27. hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.
28. hidup segan mati ditanam.
29. ikut hati mati, ikut rasa merasa.
30. ikut resmi padi semakin berisi semakin byk burung mari.
31. kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada tangannya.
32. lembu punya susu cap teko dpt nama
33. patah tumbuh hilang report polis
34. sambil menyelam tengok kapal selam 35. sehari selembar benang lama2 benang habis.
36. jika kail panjang sejengkal beli le yg panjang sikit kalau nak mengail dilaut.(beli le pukat tunda lagi baik )
37. membujur lalu melintang pukang.
38. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik kalau hari tak hujan.
39. sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
40. kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili.
41. kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah.
42. alang2 menyeluk pekasam, biar sampai jadi masam.
43. paku dulang paku serpih, paku dinding pucuk paku.
44. kalau takut dilambung ombak, jangan cuba nak naik bot.
45. air yang tenang jangan disangka tiada ikan.

Budak Bertudung Merah

Pader suatu hari ader seorang budak perempuan yg tinggal bersamer ibunyer di sebuah pondok dipinggir hutan ditepi sungai dekat dengan pokok pokok getah bersebelahan lamp post nombor 36 di Lebuhraya Selatan sebelah kiri siket, atas bukit mengadap matahari terbenam. Pader satu hari emak si budak pompan nie menyuruh anaknyer menghantar apam balek kat rumah nenek dia yg tinggal opposite of the ladang getah. Budak nie pun pergilah dgn memakai tudung kaler merah.
Dalam perjalanan ke rumah neneknyer dia ternampak banyak bunger bunger yg tumbuh, dia pun pergi memetik bunger bunger tersebut dgn niat untuk diberikan pader neneknyer. Sedang dia asyik memetik bunger bunger tersebut, tanpa disedari ader seekor serigaler yg dok mengendap one koner. Serigaler tu tahu yg budak bertudung merah nie nak pi ke rumah neneknyer (camner dia tahu korang toksah tanyer aku, tanyerlah dia). Serigaler nie berlari ke destinasi budak pompan itu iaitu rumah nenek...dia menghijack the situation dgn mengurung nenek budak tu kat dalam storeroom dan kemudiannyer menyamar menjadi nenek budak tu. Sambil berbaring di atas katil sang serigaler menanti ketibaan budak bertudung merah tu.

Tak lamer kemudian budak tu pun tiba membawa apam balek beserta bunger bunger yg baru dipetiknyer tadi. Dia tidak sedar yg berader diatas katil ialah serigaler dan bukan neneknyer..dia pun duduk disebelah 'nenek'nyer.

"Nenek nenek camner nenek nyer mater bleh besar nie?" tanyer budak tu

"Oh mater nenek besar jadi senang nenek nak tengok cucu nenek nie" jawab serigaler tu.

"Nenek nenek, kenaper telinger nenek panjang nak mampos?" tanyer dia lagik.

"Oh pasal nenek selalu dengar walkman ah" jawab serigaler tu.

"Nenek nenek kenaper gigi nenek tajam tajam?"

"Pasal senang nenek nak MAKAN KAO!!!!"

Belom sempat budak pompan tu cakap aper aper, serigaler sudahpun menerkamnyer...budak tu menjerit tapi dah terlambat....serigaler lebih cepat terus membaham budak tu sampai habis.

Lepas makan, serigaler tu rilek sampai tetido.....sedang dia tido..tetiber..

BDEBOOOMMMMMMMM! pintu rumah dipecah orang

Seorang tukang kayu masuk kerumah dengan sebilah minyak kapak... kapak.

"Bersedialah kao wahai serigaler, aku nak selamatkan budak yg kao telan tu dgn membelah perot kao!" herdik si tukang kayu tu.

Serigaler cuber nak lari tapi si tukang kayu dapat memintas lalu membelah perut nyer untuk mengeluarkan budak bertudung merah.......

Ternyata sudah terlambat......proses pengkhazaman serigaler sangat cepat...budak tu dah jadik taikzzz.

SEKIAN

Pengajaran : Kalao nak pi rumah nenek, naik teksi la...

Cinderella

Pader satu hari ader seorang budak pompan bernamer Cinderella. Dia tinggal dgn emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punyer laki...eh salah...kakak tiri dia. Saban hari saban waktu dia kener buli dgn kakak kakak tiri dan emak tiri dia. Hari hari dia diperintah oleh manusia manusia yg tak berhati perut nie.
"Cinderella! Amekkan kan aku air cola!"

"Cinderella! Gosokkan baju aku!!!"

"Cinderella! Pi kasi makan kuder aku!"

"Cinderella! Pi gali perigi!"

Pader satu hari, ader satu majlis tari menari pat istana yg dianjurkan oleh Kelab Joget Lambak. Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk dijadikan isteri, so dijemputlah sumer anak anak gadis di negara itu untuk menghadiri temasya tari menari.

Tiga tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali...mak dia pun samer. So diorang pun preparelah untuk majlis tersebut dgn harapan mereka akan dipilih untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masok share pasal mak dia muker pecah, so dia hanyer bleh kasi sokongan moral je kat tiga tiga anak dia nie. Cinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan pergi unless dia dah habiskan kerja kerja rumah yg ditugaskan kepadernyer. Keraner terlalu sangat ingin pergi ke majlis itu, Cinderella berupaya menyiapkan sumer kerja kerja rumahnyer.

"Ok Emak, sumer suah habis, Cinderella boleh pergi ke party tu next week ye?" katernyer dgn nada yg cukup gembira.

Mak tiri dia nie sememangnyer tak mahu dia pergi,hati dia busok keraner dia tahu Cinderella memang jembu. So di perintahkannyer lagik untuk terus bekerja.

"Oh kao dah habis ye? Ok sekarang kao cat rumah nie, lepas tu kao pasang cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalao dah siap baru kao bleh pergi" perintah mak tiri dia.

Cinderella kecewa, dia tahu there's no way dia bleh buat sumer kerjer kerjer tu by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak isak menangis. Tetiber Fairy Godmother dia turun dari kayangan.

"Aper pasal kao bersedih Cindy?" tanyer fairy godmother

"Sedih ah...takleh pergi party unless sumer kerja kerja nie siap" jawab Cinderella.

"Lerr buat lah kerjer tu...maner tahu kalao sempat"

"Maner bleh sempat....nak jalan pi shopping bebarang lagik, abih nak buat lagik...jalan nak shopping bebarang je dah makan maser dua tiga hari" balas Cinderella.

"Oh pasal tu? don't u worry...i can help u on that" balas fairy godmother

"Camner?" tanyer Cinderella

Si fairy godmother pun amek sekeping buku yg dah lusuh, dia amek tongkat hikmatnyer dan transform tu buku ke satu buku baru yg sangat tebal. Di campakkannyer kepader Cinderella.

"Nak save time? Nah amek nie...Yellow Pages...let ur finger do the walking"

SEKIAN

Pengajaran : " Jgn nak berangan, kalao nak sesuatu bender tu kener usaha siket...jgn harap lah bleh jadik dgn serta merta"

Lawak Orang Asli

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt....!!"

Teka-teki

Ha...cuba teka....
1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
8) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

---------------------------->

Kalau poning sangat tengoklah jawapannya kek bawah kah....kah....

Jawapannye......

1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah
2) MILO AIS
3) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh. sebab tulah dia angkat sebelah aje.
4) lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
5) Semut yang matanya BENGKAK
6) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat
7) kambing binATANG
8) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Mahkluk Asing

Kelihatan dua makhluk asing sedang bersiap sedia untuk mendarat ke bumi.
"Kao dah siap barang barang untuk kiter pi bumi?" tanyer komander pader rakannyer.

"Sudah tuan....sumer suah ready....tinggal nak land je" jawab sorang lagik.

"Ok bagus...cumer tinggal satu lagik yg kiter nak kener bereskan sebelom mendarat " balas komander alien tu.

"Oh ye ke? Aper tu tuan?"

"Kiter kener turun menyerupai makhluk bumi.....takkan kiter nak turun dgn ruper kiter camnie....nanti makhluk bumi tu mesti tangkap dan buno kiter" jawab komander alien tu.

"Tapi tuan camner kiter nak menyerupai diorang paderhal kiter tak pernah nampak diorang?" tanyer sorang tu lagik.

"Ah yg tu kao jgn bimbang...kiter land secara senyap senyap, pastu kiter sembunyik kat one corner, kiter tunggu makhluk diorang keluar, pastu on the spot kiter copy dan menyerupai diorang lah" jelas komander. "Wah bagus tu cadangan tuan, amat bernas sekali usulan itu"

Mereka pun terus mendarat ke satu kawasan tanaman padi...dgn senyap senyap mereka kuar dari spaceship dan sembunyik di belakang semak. Tak lamer kemudian mereka pun ternampak dua makhluk bumi di hujung sawah. Dengan menggunerkan teknologi terkini mereka pun menyerupai dua makhluk bumi .Mereka keluar dari tempat persembunyian dan berjalan kearah dua penduduk bumi yg sedang bekerja. Kerana bentuk tubuh badan mereka yg samer, penduduk bumi itu tidak sedikitpun meraser hairan dgn kehadiran mereka. Mereka bersuara konon konon bertanyer arah jalan, tapi tidak dilayan. Tiba tiba...mereka terdengar bunyik riuh di belakang , mereka pun toleh dan nampak sekumpulan makhluk bumi yg lain sedang berlari ke arah mereka. Sementara itu makhluk bumi yg dua nie terus menghilangkan diri.

"Ah cepat...cepat.....jgn kasi dia lari!!!!!" seorang daripader makhluk bumi itu meneriak pader rakan rakannyer.

Kedua dua makhluk asing ini tercegat....mereka tidak tahu aper yg telah terjadi.

"Ahhhhh dapat jugak!...kalao korang sumer nak tahu inilah dua ekor kerbau liar yg asek makan padi padi aku....ok kiter bawak ke kampung...kiter sembelih nie dua ekor kerbau." Pak Salleh memberitahu orang orang kampung sambil mengikat leher kedua dua makhluk asing yg baghal.

SEKIAN

Pengajaran : Kalau nak beli kerbau check betul betul dulu..pastikan dier tu kerbau...

Nama Anak Orang Jawa

Orang jawa, bila dapat anak, masa lahir lagi dah di niatkan harapan mak bapak bila anak tu besar esok. Jadi, bila bagi nama, selalunya nama tu ada kena mengena dgn harapan tadi. Walaubagaimanapun, takut jugak tak menjadi, jadi disamar²kan lah maksudnya.
Berikut diturunkan beberapa nama tersebut:

-harap?besar esok akan pandai tanam bunga, diberikan nama Rosman.
-pandai membaiki kereta, namakan Karman
-everage dalam golf, Parman
-pandai dlm penulisan, Suratman
-gagah perkasa, Suparman
-boleh mendengar sambil berjalan, Wakiman
-selalu bertanya, Azman (loghat jawa bunyi Asman)
-pandai buat kuih, Paiman
-pakar jualan, Salman
-pakar pasal alam sekitar, JASman
-pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu, Saniman
-doktor gigi, Sugiman
-supaya cepat naik pangkat, Yasman
-bakal kaki pukul dan dera orang, Deraman
-yang ada darah Bengali, Manbai
-pandai organise skim cepat kaya, Pakman (Te' Lo)

Ala.. Orang Jawa sebenonye baik-baik belaka walaupon name macam 'puaka'...
Sekian...

Susu lembu

Di dalam sebuah kelas,seorang guru bertanya,
"Apakah cara yang paling baik untuk mengelakkan susu lembu daripada masam dan tahan lama ?,"

Berdiri seorang murid dengan penuh keyakinan menjawab soalan gurunya tadi

"Mudah jer cikgu, Biarkan susu itu berada di dalam perut lembu."

Tingkap pecah

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”

Buku tidak bermutu

Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.“Kenapa pula Cik?”“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!”

Sembahyang

Pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

Biawak

Semasa saya berjalan-jalan di tepi sebuah jalanraya, saya ternampak seekor bangkai ditengah yang sangat busuk dan menjijikkan tetapi ianya mengenakkan! Saya yang masih belum bersarapan dan makan tengahari itu memang sangat lapar dan meleleh air liur saya melihatkan bangkai itu. Jalanraya memang lengang, inilah peluang saya untuk menikmati bangkai kucing yang sedap itu. Saya pun pergilah untuk menjamu selera. Bila saya sampai dekat bangkai tersebut, puhh..bau yang enak serta disulami dengan sayur(ulat) dan kuah(darah) yang pekat. Puhh..makan hotel saya hari ini. Setahun sekali pun susah nak jumpa makanan 5 bintang ni. Ketika saya menikmati makanan enak itu datang seeorang musang yang ingin nak join makanan tersebut. Saya yang lapar tahap maharaja ni sudah tentulah saya tak kasi. Tapi En. Musang tersebut nak jugak. Kami berebut2 tarik menarik bangkai tersebut sehingga bertaburan sayur-sayurnya. Sehinggalah satu ketika ada sesuatu melintasi di belakang kami. Ya! benda itu ialah En. Muhamad Lori. Lalu kami dilanggarnya sehingga kami pun menjadi lauk yang enak dan menyelarakan. "Hmmmm..Lauk ini lazat serta berlemak berkrim, mampu meningkat kekuatan badan dan awet muda!" Kata seorang harimau yang bernama Man Belang. Sememangnya daging biawak macam saya ni lazat sebab selama ni pun saya makan bangkai.

Cucu & Atok

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "?...?...?...?...?...?"

Wednesday, June 17, 2009

AhBeng Looking For Wife

This is a story about Ahbeng in search of a wife with the help of his mother, Ahkew. One day Ahbeng's mother bring home 3 pretty girls and introduce to Ahbeng.

The 3 pretty girls name and occupation :
1.) Ahuey - Telephonist
2.) Ahmoi - Primary Skool Teacher
3.) Ahlian - Bus Conductor

Ahbeng very sexcited lar of course then.

After a while of chatting with the girls his mother asked him.

Ahkew : Ahbeng, how ? Which one you like the most ?
Ahbeng : I like Ahlian the most
Ahkew : Aiyoh bus conductor only wor! where got future wan? Ahmoi not bad leh! gomen work you know? good benefit, next time your children wanna goto skool also easy
Ahbeng : Ahmah dunwan laaa!!
Ahkew : Why dunwan?
Ahbeng : bcoz skool teacher they love to say " PLEASE REPEAT!! DO AGAIN!!! I Want it done 10 times...SOME MORE, SOME MORE!" Like this very tiring everynite I can die one ahmah!
Ahkew : aiyoo!!! then Ahuey lar! at least she is better than Ahlian
Ahbeng : Dunwan also! ahmah, she is telephonist la! they love to say " WAIT A MINIT! PLEASE HOLD ON!" dem potong stim lidat ahmah where got mood to make baby la?
Ahkew : Aiyoyo!!! then what u like about Ahlian so much? bus conductor only wor!!! Where got future one ?
Ahbeng : Ahmah you dunno wan la ... I always take mini bus to KL, those women bus conductor always say "BANG! MASUK BELAKANG!!! MASUK DALAM SIKIT!!! DALAM ADA TEMPAT!!! MASUK MASUK!!! " (in yingrish it means "go in behind, go deep inside! go deeper some more! inside still got place!! deeper! deeper!!!) everytime they say lidat i also very sexcited one !!!!